Thursday, April 10, 2014

NASI BERLAUK...wooo..

Assalamualaikum....

Adoooiii...dah masuk 2 ari mama makan nasi berlauk.Puncanya kawan opis mama lah si eng.tu makan time sarapan pagi.hahah.. apa lagi ke esokkan ari nya oder utk sarapan pagi sedap nya bila first time makan.rasa kuah ikan tongkol dia masyallah punya lah sedap sampai tak hengat...samapi esok nya repeat lagi oder dr member tu.

Hahaha..gemok lah mama nanti...nak belajar wat sendiri macam susah je...lebih2 lagi sekarang air..
Bila xder air lah semua benda nk wat pon tergendala..huhuh

Oklah apa lah mama ni mula2 cerita pasal nasi berlauk last2 cerita pasal air plak...

Wednesday, April 9, 2014

About mama

Assalamualaikum..

Selamat datang ke blog dapur mama berasap lagi. Di dalam blog ni mama letakkan pelbagai resepi yang telah dicuba, untuk di jadikan sebagai panduan dan rujukan bagi anak-anak dan generasi muda yang akan datang.

Hai!!!
Nama saya Erni Salizah Binti Yahya. Di dalam keluarga saya sy di kenali sebagai Eja. Tapi saya lebih selesa di panggil Ernie @ Ann di kalangan kawan-kawan yang saya kenali. Saya berasal dari Melaka dan di besarkan juga di Melaka.
Saya seorang mama kepada 2 orang cahaya mata yang sedang membesar . Saya juga merupakan seorang isteri kepada seorang suami yang sangat penyayang hebat..



Saya rasa sangat2 bersukur sebab blog dapat direalisasi.Blog akan saya jadi kan sebagai blog peribadi, kongsi resipi masakan dan perihal kehidupan saya.



Tuesday, April 8, 2014

FARMBROZEN KENARI adoiii!! manis gilerzzz arr..biskut ni.

Assalamualaikum...

Hari ni mama nak kongsi satu resipi biskut yang mama pernah cuba buat.Biskut ni namanya mak oooiii punya lah glemerss FARMBROZEN KENARI yang mama ambil resipi dari kak azlita masam www.azlitamasammanis.com.

Bagi mama biskut ni rasa dia untuk topping dia rasa dia ala-ala macam mashmelow kenyal2 gitue..hihihi..Tapi manis dia mashallah punya lah manis, tapi mama xpasti lah kalau ibu2 kakak2 makcik2 kat luar sana suka dengan rasa kemanisan biskut ni.Untuk lapisan bawah dia rasa dia sesuai dengan topping yang manis2 sebab lapisan bawah untuk biskut ni kurang manis so ngam2 lah rasa biskut ni kot...





Mama nak minta izin ye kak ita untuk sharekan resepi ni di blog mama yerr. Semoga rakan2 yang lain dapat mencuba dan merasa.    

FRAMBROZEN KENARI

Lapisan Cookies Bawah
240 gm tepung gandum atau tepung redrose
100 gm gula castor

100 gm serbuk badam/ground almond

200 gm butter

1 biji kuning telor

70 gm susu tepung

Toping Tengah
Jam Blackcurrant secukupnya
Ita guna blueberry filling
 
Pukul butter dgn gula hingga kembang atau putih
Masukkan telur dan pukul lagi
Masukkan tepung gandum  yang telah di ayak bersama serbuk badam dan susu,  gaul hingga adunan menjadi doh
Lapik loyang bercutter ukuran 12 x 12 x 2 inc dengan baking paper
Tuangkan adunan ke dalam loyang, canai doh  dan tekan padat2.
Masukkan cutternya dan tekan hingga dasar.
Cucuk doh dengan garfu.
Bakar selama 15-20 minit dgn suhu 170'c atau hingga kekuningan

Keluarkan cutter dari loyang setelah masak 
Bila sejuk sikit sapu dgn Strawberry atau blueberry filing

Lapisan Icing Atas
60 gm putih telur - 2 biji putih telur
120 gm gula castor
2 sudu teh tepung jagung
1 sudu teh jus lemon

Hiasan
Kepingan badam atau gajus

Satukan semua bahan untuk toping dan putar dalam mesin pemutar dgn high speed hingga adunan likat.

Kemudian tuangkan bahan topping atas filling tadi dan ratakan
Pasangkan semula cutter dan tekan.
Tabur pula dgn badam keping
Bakar dalam oven di rak tengah dengan suhu 90C selama 1 1/2 jam.
Bila sentuh permukaan dia dah kering tutup oven dan biarkan kek dalam oven yg dah di tutup suiznya itu selama 1 1/2 jam lagi  supaya toping benar2 kering.
Kemudian keluarkan cutter
Bila dah benar2 sejuk baru keluarkan biskut dari loyang
Peringatan - cookies ni sangat rapuh dan mudah patah.